Minyak Zaitun Dara – Lemak Paling Sihat Di Bumi

Minyak Zaitun Dara – Lemak Paling Sihat Di Bumi
2016-10-07 Cosway Malaysia

Minyak zaitun dara mempunyai manfaat yang tiada tandingannya dan kajian membuktikan lebih banyak faedah hampir setiap hari. Malah, kita baru sahaja bermula untuk memahami pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh minyak zaitun dara bagi meningkatkan kehidupan dan kesihatan kita. Ia merupakan asas pemakanan Mediterranean dan tunggak pemakanan yang penting bagi budaya hidup paling lama di dunia. Mari kita lihat beberapa manfaat kesihatan minyak zaitun dara yang jelas dan ketara yang boleh anda nikmati dengan mengamalkannya dalam diet anda.

1 Pembakaran Lemak Semula Jadi

Diet yang kaya dengan minyak zaitun dara telah dibuktikan berkali-kali memberi kesan penurunan berat badan yang lebih baik berbanding dengan diet rendah lemak. Oleh itu, senjata pemakanan ini perlu ditambah ke dalam diet harian anda jika anda serius mengenai penurunan berat badan.

Baik untuk Jantung

Diiktiraf mempunyai peratusan lemak mono tak tepu yang tinggi, kandungan minyak zaitun dara yang sihat ini melindungi hati daripada risiko penyakit kardiovaskular yang menyebabkan serangan jantung dan strok. Diet yang tinggi dalam minyak zaitun dara juga boleh melambatkan penuaan hati!

3 Mengurangkan Kebergantungan
Suntikan Insulin

Mengekalkan diet yang seimbang boleh membantu mencegah atau melambatkan serangan diabetes. Dengan bantuan minyak zaitun dara, anda boleh mengawal dan mengimbangi tahap insulin anda dengan lebih mudah.


4 Awet Muda

Awet muda bukanlah suatu ketidakmungkinan! Ia datang dalam bentuk minyak zaitun dara. Pengambilan minyak ini secara beransur-ansur terbukti boleh membantu dalam anti-penuaan, osteoporosis dan kerosakan kulit. Ia juga dikatakan boleh menambah satu lapisan pelindung pada kulit.

5 Mengekalkan Keupayaan Mental

Minyak zaitun dara mengandungi oleocanthal, sejenis sebatian fenolik semula jadi yang telah menunjukkan potensi yang besar dalam mengurangkan penurunan kognitif yang berkaitan dengan penyakit seperti Alzheimer. Polifenolnya yang berkuasa juga dikenali boleh membantu memulihkan kerosakan oksidatif yang berlaku dalam proses penuaan.

6 Melegakan Keradangan & Kesakitan

Sebatian oleocanthal yang sama dalam minyak dara bertindak sebagai agen anti-radang yang melegakan kesakitan. Penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan semakin menunjukkan bahawa keradangan memberi kesan kepada beberapa penyakit kronik. Oleh yang demikian, ciri-ciri anti-radang minyak zaitun dara bertambah penting sepanjang masa.


7 Meningkatkan Sistem Imun

Sekali lagi, antioksidan-antioksidan yang terdapat secara eksklusif dalam minyak zaitun dara memainkan peranan yang besar dalam daya hidup dengan mengukuhkan dan melindungi sistem imun anda. Ia juga membantu badan anda agar lebih berdaya tahan terhadap jangkitan.


Tahukah Anda?
Minyak zaitun dara adalah gred minyak zaitun yang paling tinggi kualitinya dan paling mahal. Dihasilkan sepenuhnya tanpa pelarut atau haba bagi mengekalkan semua nutrien buah zaitun yang bermanfaat. Minyak zaitun yang biasa melalui proses penapisan yang melibatkan haba dan pelarut yang menjejaskan kandungan nutrisinya. Terdapat juga yang dicampur dengan minyak sayuran dan bukan 100% minyak zaitun.
Lebih unggul dari segi kualiti dan manfaat, keserbabolehan minyak zaitun dara menjangkau pelbagai penggunaan. Gunakannya sebagai sos untuk salad, celupan atau renjiskan di atas pasta, sayur-sayuran yang dimasak atau daging. Anda pasti menyukainya!

Kunjungilah kedai Cosway terdekat anda dan dapatkan CFO Organic Extra Virgin Olive Oil sekarang!

Rujukan:
www.bodyandsoul.com.au
www.oliveoiltimes.com

Gambar dari internet.
Report